- Ikatan ini adalah yang paling meluas digunakan.
- Ikatan Inggeris mengandungi lapisan kepala bata (header) dan sisi bata (stretcher) yang berselang lapisan iaitu satu lapisan kapala bata dan satu lapisan permukaan sisi bata dalam lapisan yang berlainan.
- Contohnya kalau lapisan pertama dimulakan dengan kepala bata, lapisan kedua mestilah dalam lapisan sisi bata atau sebaliknya.
- Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan pada penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata.
- Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusunkan secara melintang.
- Ikatan jenis ini adalah dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana ia tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan.
- Oleh itu ia sesuai digunakan pada tempat-tempat yang memerlukan kekuatan seperti dinding luar bangunan, dinding penahan tanah dan lain-lain.
0 comments:
Post a Comment