PRINSIP IKATAN BATA

Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah: 

(a)  Mengadakan lekap ¼ bata atau ½ bata untuk mengelakkan sambungan tegak yang terus-menerus baik dipermukaan mahupun di dalam tembok. 

(b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk. 

(ii) Prinsip yang pertama memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. 

(iii) Prinsip yang kedua pula mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. 

(iv) Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu sambungan tegaknya berterusan (tidak berlekap),             kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh sebab itu, sambungan yang berterusan itu seboleh-         bolehnya hendaklah dielakkan dalam segala kerja bata. 

       (v) Perbandingan di antara tembok yang terikat dengan tembok  yang tidak terikat adalah ditunjukkan                 dalam rajah di bawah. Beban yang dapat ditanggung oleh tapak AB adalah lebih berat jika                           dibandingkan dengan beban yang ditanggung oleh CD







     (vi) Tebal tembok biasanya disebut mengikut saiz bata, misalnya tembok bata yang tebalnya sama dengan            lebar bata dikenali sebagai tembok setengah bata, manakala tembok yang tebalnya sama dengan                   panjang bata dikenali tembok satu bata. 

     (vii) Apabila dua tembok bertemu, bata pengikat mestilah digunakan supaya ia mematuhi kepada prinsip               pengikatan 

     (viii)Bata pengikat dan bata penutup setengah dalam lapisan bata digunakan untuk mencegah sambungan               yang terus menerus pada tembok bersudut tegak dan tembok persimpangan. 

0 comments:

Post a Comment