i.
Latar
Belakang kursus
Kod kursus BBP 10102 merupakan kursus teknologi
maklumat dalam pendidikan. Matlamat Kursus ini untuk memberi pengetahuan dan kemahiran serta membina sikap positif kepada
graduan tentang teknologi maklumat dan penggunaanya.
Kursus ini
mendedahkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang teknologi maklumat serta
komunikasi yang merangkumi topik pengenalan teknologi maklumat, perisian
komputer, pemprosesan perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik,
pangkalan data, perisian mengedit:Adobe Photoshop, internet, komunikasi data,
isu & peluang teknologi maklumat serta masyarakat & teknologi maklumat.
Pelajar akan diperkenalkan dengan perisian daripada sumber terbuka (open source).
ii.
Objektif
a. Objektif
Am
- Projek
penghasilan blog bertujuan untuk membekalkan pengetahuan dan pengalaman
kepada para pelajar Sarjana Muda Pendidikan Vokasional UTHM dalam
mengaplikasikan teknologi masa kini sebagai satu cara baru bagi
membekalkan maklumat kepada para pelajar mahupun kepada masyarakat.
b. Objektif
Khusus
- Projek penghasilan blok ini sebagai
salah satu bahan tambah kepada seluruh warga Kolej Vokasional Malaysia dan
masyarakat lain dalam mendapatkan maklumat melalui aplikasi internet
mengenai tajuk silibus Kolej Vokasional yang dipilih
- Memupuk
sikap pembelajaran kendiri dalam diri para pelajar khususnya para pelajar
Kolej Vokasional Malaysia dalam mencari maklumat sesuatu pembelajaran
dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini
- Melahirkan
para guru yang kreatif dan serba boleh dalam menyampaikan ilmu pengetahuan
dengan menggunakan cara yang berbeza dan lebih menarik kepada para
pelajar.